.

Friday 19 October 2012

Saiz Zakar Dan Petua Jimak


Saiz Zakar Dan Petua Jimak

Ramai mempunyai anggapan bahawa dalam segi seks, lelaki lebih
cenderung untuk memuaskan diri mereka sendiri saja. Tapi dalam realiti,
lelaki biasanya amat tertekan dan ambil berat tentang ciri-ciri zakar mereka
untuk membolehkan pasangan benar-benar merasa nikmat. Kebimbangan
berkaitan seks ini boleh menyebabkan berlakunya masalah lain seperti mati
pucuk dan ini boleh diubati dengan memakan ubat. Bagaimana pun dalam
banyak keadaan, ubat tidak perlu. Yang penting untuk dilakukan ialah
berhenti dari merasa bimbang tentang saiz zakar.

Lelaki patut redha menerima saja apa yang dikurniakanNya, namun jika
saiz zakar masih jadi kebimbangan, mereka boleh mempraktikkan berbagai
teknik berbeza untuk meningkatkan mutu seni jimak. Memang mudah
melakukan jimak, hanya masukkan zakar ke dalam faraj dan ianya selesai.
Tapi biasanya ianya tidak semudah itu. Maka jika anda mahu jimak yang
memuaskan tanpa ada kebimbangan serta mahu berkongsi perasaan
bersama pasangan anda, anda mestilah gunakan apa yang anda ada secara
optima.

Inilah masanya untuk belajar bagaimana menggunakan senjata anda untuk
manfaat diri anda. Setiap ciri zakar lelaki mempunyai kelebihan dan
kekurangan, kerana itu belajarlah cara yang betul untuk memuaskan isteri
anda.

BESAR KECILNYA ZAKAR

Lilitan lebih dari 5.18 inci. Jika anda mempunya zakar yang lilitannya lebih
dari 5.18 inci dan lubang faraj isteri anda terlalu kecil, ia mungkin akan
menyebabkan isteri merasa sakit bila berjimak. Kerana itu, perlulah berhatihati
bila bergerak dari fasa istimta ke jimak. Anda perlu berikan masa yang
lebih lama untuk melakukan istimta kerana lebih tinggi tingkat keghairahan
isteri anda akibat istimta, maka lubang farajnya akan jadi lebih kembang.
Kemudian adalah lebih baik untuk menyuruh isteri anda memasukkan zakar
anda ke farajnya. Gunakan air liur atau pelincir jika perlu dan sila
berdayung dengan perlahan-lahan di peringkat awal jimak.

Kurang dari 5.18 inci. Jika anda terasa tenggelam dalam faraj isteri, maka
ada petua yang boleh membantu. Pilih posisi yang mana isteri baring
terlentang di atas katil, angkat betisnya ke atas hingga hampir ke
payudaranya. Ini akan menyebabkan bibir faraj bertemu dan menyebabkan
lebih geseran serta kenikmatan. Pastikan bahawa posisi-posisi yang anda
pilih adalah yang mana lutut isteri dirapatkan dan farajnya diregang dari
belakang ke depan, bukan dibuka lebar.

PANJANG PENDEKNYA ZAKAR

Sama ada zakar anda panjang seperti galah atau pendek seperti buntat, ada
petua-petua tertentu untuk diamalkan:
Panjangnya 4.4 inci atau kurang. Semasa fasa pertama keghairahan, lubang
faraj isteri mengembang lebih dari perlu bertujuan untuk menerima zakar

yang tidak diketahui saiznya. Kemudian setelah beberapa ketika, lubang
faraj itu menguncup kembali dan mencengkam zakar yang kini sudah
diketahui saiznya. Ciri ini boleh anda gunakan untuk manfaat anda.
Caranya ialah berada di atas isteri anda tanpa menusukkan zakar anda.
Gosokkan zakar anda ke tundunnya, usah berdayung dulu. Langkah
berikutnya ialah memasukkan satu jari ke farajnya bagi membolehkan
lubang faraj itu mengembang dengan perlahan. Ia akan mengembang
bersesuaian dengan saiz jari anda untuk beberapa minit. Maka masukkan
zakar anda. Oleh kerana lubang faraj itu mengecil sebesar jari anda, maka
anda akan menikmati lubang faraj yang lebih sempit dan isteri anda
pula akan merasa seolaholahzakar anda besardan panjang. Dan jika
anda mahu zakar andakelihatan lebih panjang,anda boleh memotong
bulu ari-ari yang berada di pangkal zakar. Ia akan
kelihatan 1 inci lebihpanjang.Panjang 4.4 hingga 6.5
inci.

Seorang lelaki yangtahu mengawal tahaptusukan dayungan dan
juga rentaknya dianggap mengetahui bagaimana
untuk merangsang isterinya dengan baik. Kebanyakan dari urat-urat perasa
faraj berada di bahagian luar lubang faraj, yang mana lelaki yang zakarnya
bersaiz sederhana mampu mensasarkan lubuk-lubuk ghairah ini dengan
menjimak isterinya dari atas sementara isteri pula baring terlentang dengan
meluruskan kakinya dan merenggangkan pehanya. Ini akan meningkatkan
rangsangan dan kenikmatan buat anda dan isteri.

Panjang lebih dari 6.6 inci. Anda mungkin fikir bahawa anda punya
kelebihan berbanding lelaki lain tapi ramai wanita bersetuju bahawa dasar
faraj (Batu Meriyan) yang ditumbuk (ditusuk) ketika berdayung sebenarnya
adalah agak menyakitkan. Kadangkala, kesakitan yang dirasakan oleh isteri
anda itu serupa dengan rasa sakit bila buah zakarnya dipukul. Dalam
ertikata lain, usahlah menusuk ke faraj isteri hingga terlalu dalam.

Orangorang Melayu dahulu ada berpesan ‘jangan beri habis’. Posisi yang baik
ialah suami baring terlentang dan biarkan isteri di atas anda dengan
lututnya berada di atas katil. Ini akan membolehkan isteri mengawal
kedalaman tusukan dan juga rentak dayungan dan dengan cara itu dapat
menentukan tahap yang paling dia merasa selesa.

Tidak semua lelaki atau wanita dijadikan serupa, tapi itu tidak bermakna
bahawa anda tidak boleh berkongsi saat-saat mesra ini tanpa anda sendiri
merasa seronok. Setiap pengalaman adalah memuaskan kedua belah pihak

selagi anda faham dan menerima seadanya apa yang dikurniakanNya
kepada anda.


Zakar Yang Sentiasa Bertenaga


Zakar Yang Sentiasa Bertenaga

Tenaga (energy) telah ditakrifkan oleh Barat sebagai daya (force),
ketahanan atau kapasiti melakukan sesuatu dan menyelesaikan sesuatu
tugas. Daya adalah kekuatan atau kuasa badani atau minda atau kekuatan
fizikal.

Orang-orang Melayu biasanya mengaitkan tenaga dengan kekuatan. Kuat
adalah satu perkataan berasal dari bangsa Arab yang bererti kekuatan
fizikal. Istilah lain yang digunakan oleh orang Melayu ialah begap, gagah,kuat, lega dan tegap.
Tenaga yang sejati adalah tenaga yang seimbang.Keseimbangan dalam tubuh
dianggap penting bagi kesihatan dan kekuatan. Orang India menyatakan bahawa
tenaga mempunyai tiga kualiti yang dipanggil Guna iaitu
ketulenan, aktiviti atau proses perubahan dan kegelapan atau
inertia. Bila tenaga terbentuk maka satu dari tiga kualiti ini
akan menjadi lebih ketara.Orang Cina menyatakan tenaga adalah diperlukan untuk
menggerakkan organ tubuh, untuk memperolehi kestabilan. Dua sumber
tenaga wujud iaitu Yin dan Yang. Tubuh manusia dikatakan terdiri dari 5
unsur iaitu Swie (Air), Ho (Api), Bok (Kayu), Kim (Logam) dan To
(Tanah). Terdapat 5 jenis tenaga iaitu sejuk, dingin, panas, neutral dan
suam.

Para Sufi Islam dalam ilmu perubatannya menyatakan bahawa tenaga
adalah daya kehidupan kurniaan Allah. Ia berkait rapat dengan kesihatan.
Kesihatan perlu dijaga dan latihan akan membina tenaga.
Secara umumnya dapat diperhatikan bahawa tenaga mempunyai berbagai
pengertian. Yang pentingnya ialah kesedaran bahawa tenaga yang sedia ada
pada tubuh patut digunakan dengan cara yang betul agar ia tidak
dibazirkan. Tenaga dapat dibina melalui latihan dan pengetahuan. Sumber
tenaga secara zahirnya adalah dari cahaya matahari. Ia dimasukkan ke
dalam tubuh dengan cara pernafasan, makan dan minum lalu dialirkan
dengan betul ke bahagian-bahagian tertentu tubuh menerusi latihan
senaman dan solat. Kaedah-kaedah yang lain adalah sebagai pembantu
menseimbangkan deria tubuh agar ketahanan dapat dibina.

Dari berbagai tenaga yang dibincangkan di atas kita akan tumpukan hanya
kepada tenaga yang menghasilkan dan mempertahankan haba. Secara
dangkalnya ia akan bererti kekuatan dan ketahanan tetapi secara halus ia

adalah ketenangan dan kesediaan mental dan fizik. Tidak dapat dielakkan
tenaga yang lebih baik adalah haba. Kesejukan melemahkan haba walau
pun kesejukan itu juga adalah satu tingkat tenaga, yang lebih rendah. Walau
pun begitu haba yang tidak seimbang bukanlah tenaga yang baik kerana
akan mengakibatkan kesan negatif terhadap tubuh. Maka akhirnya tenaga
sejati adalah tenaga yang seimbang. Apabila ia seimbang maka ia memberi
manfaat kepada fizik serta minda. Pengetahuan tentang keseimbangan ini
adalah penting bagi kesihatan tubuh badan. Hingga kini ilmu sains juga
belum dapat memecahkan permasalahan ini.

Sejauh manakah zakar itu perlu sentiasa bertenaga? Piawai ini adalah amat
subjektif kepada tujuannya sendiri. Namun jelas bahawa objektif utama
kemampuan zakar adalah dari segi kebolehannya untuk menegang dengan
baik dan tahan sehinggalah isteri dapat dipuaskan. Jika ia lebih kuat dari itu
maka itu bukanlah tenaga yang baik kerana ia menimbulkan kesakitan
kepada isteri dan kesan sampingan kepada tubuh dalam jangkamasa yang
panjang. Sama ada seorang itu mempunyai satu atau lebih isteri, tenaga
yang menjadi objektif adalah sama saja. Tidaklah yang beristeri lebih dari
satu perlu lebih tenaga.

Apabila dikatakan zakar yang sentiasa bertenaga ia berpunca dari tubuh
serta minda yang sihat dan tenaga itu sepatutnya tidak pula mengakibatkan
kesan negatif terhadap kesihatan. Maka tenaga sejati adalah tenaga yang
seimbang dari kesihatan dan untuk kesihatan jangka panjang supaya tenaga
dapat digunakan untuk menjayakan kewajipan kehidupan yang lain juga,
bukan hanya bagi digunakan dalam persetubuhan saja.

Boleh dikatakan setiap lelaki suka pada zakar yang besar dan panjang
walaupun mereka tidak memiliki perkara itu. Namun telah telah dibuktikan
melalui ujikaji di Barat bahawa faktor ini tidak dapat dibuat-buat. Zakar
yang besar dan panjang adalah diwarisi dari nenek moyang. Penulis juga
telah bertanya kepada orang Melayu mengenai perkara ini dan orang-orang
Melayu juga mengaitkan saiz zakar dengan keturunan. Walau pun begitu,
didapati bahawa jika seorang bapa itu mempunyai beberapa isteri maka
mungkin anak-anak dari salah satu isterinya saja yang akan mewarisi saiz
zakar bapa yang tersebut. Itu pengetahuan orang Melayu mengenai saiz
zakar berkait dengan keturunan. Dikatakan juga bahawa orang Melayu
yang saiz zakarnya panjang (lebih dari saiz normal 6 inci) adalah kurang
keras zakarnya.

Saiz zakar tidak penting. Yang lebih penting adalah pengetahuan
bagaimana untuk menjaga zakar agar sentiasa sihat dan segar. Mengetahui
kekuatan serta kelemahannya agar dapat menjayakan jimak dengan lebih
bertenaga, lazat dan melazatkan.

Piawai umum telah diletakkan oleh orang- orang Melayu mengenai tingkat
ketegangan zakar. Caranya ialah menguji zakar ketika ia tegang dengan
menekan dari hujung kepala zakar ke arah tubuh. Jika ia tiada bengkok atau
terkedu itu tandanya ia menegang dengan baik. Namun begitu belum tentu
ia bertenaga. Belum tentu ia dapat menyelesaikan tugas jimak dengan
memuaskan. Piawai masa iaitu berapa lama seharusnya zakar itu tahan

ketika berjimak tidaklah ditentukan kerana ia subjektif kepada banyak
perkara. Ketahanan zakar manusia berbeza-beza. Apa yang penting ialah
menggunakan pengetahuan bagi memanfaatkan ketahanan yang ada sebaik
yang mungkin. Seni ini patut dibina. Jika seseorang berkata bahawa
ketahanan bererti mampu melakukan jimak berjam-jam tanpa inzal itu
bukanlah tenaga yang dimaksudkan tapi itu adalah masalah.
Panas dan sejuk adalah dua faktor yang memberi kesan positif
dan negatif pada tubuh.Kering dan basah pula dapat memberi kesan
yang lebih kuat terhadap panas atau sejuk. Ilmu tentang tubuh badan di
Timur termasuk bangsa Melayu adalah berkisar pada membicarakan
tenaga-tenaga ini dan secara langsung panas dikaitkan dengan api,
sejuk dikaitkan dengan angin, kering dikaitkan dengan tanah dan basah
dikaitkan pula dengan air. Kering tiada menimbulkan sejuk
pada panas tetapi basah akan menyejukkan panas dan melembabkan
kekeringan.Batang zakar akan panas apabila insan itu
memakan makanan yang tertentu terdiri dari yang
memanaskan badan. Bila dibandingkan antara batang zakar yang suhunya
sejuk dengan yang suhunya panas maka yang bersuhu panas akan lebih
tegang dan akan lebih tahan berjimak. Walau pun begitu adalah penting
dipastikan jimak dilakukan pada masa hawa sekitaran tidak terlalu panas
dan tidak pula terlalu sejuk. Kedua-dua ekstrem akan mengakibatkan
pancutan mani lebih awal.

Untuk menghalusi apa yang diajarkan oleh orang Melayu ini, kita akan
merujuk apa yang dikatakan oleh bangsa-bangsa lain. Menurut orang Cina,
kesihatan utuh tubuh manusia berada pada Tan Tian atau Ladang Mustika
atau Khie Hay iaitu Lautan Suasana. Yang dimaksudkan itu adalah perut.

Dalam Islam Rasulullah s.a.w. telah bersabda bahawa perut

adalah lubuk penyakit dan menahan makan adalah asas setiap
penyembuhan.

Jelas bahawa apa yang dimasukkan ke perut perlu di jaga. Ada yang
menjadi ubat dan ada yang menjadi penyakit. Namun secara umumnya,
makanan jenis sejuk tidak digalakkan di dalam ilmu jimak. Begitu juga
tentang jenis-jenis minuman.

Pernafasan juga menyebabkan badan boleh menjadi sejuk iaitu apabila
bernafas dengan lubang hidung yang kiri. Orang-orang Melayu dahulukala
menasihatkan agar tidak memulakan jimak ketika nafas pada ketika itu
ialah nafas kiri. Tunggu hingga bernafas dengan nafas yang kanan supaya
ketahanan jimak dan kekuatan zakar terjaga.

Zakar tidak akan tahan dalam jimak jika suhu batangnya lebih sejuk dari
suhu lubang faraj. Fenomena ini berlaku jika suami suka memakan
makanan sejuk atau banyak mengandungi air atau berulam air atau
mengamalkan meminum air batu. Kesannya ialah kurang ketegangan zakar,
batang zakar mudah terasa ngilu, mani mudah terpancut sebelum masa dan
air mani cair bermakna benih kurang dihasilkan, yang banyak hanya
kandungan mazi. Selalu meniarap di atas simen juga mengakibatkan
perkara yang serupa. Jika perlu berjimak maka batang zakar perlu diurut
satu hala iaitu dari pangkal membawa ke hujung hingga panas. Kepala
zakar dijentik.

Apabila buah zakar menjadi lanjut atau turun biasanya suhu udara adalah
panas. Zakar pula biasanya kurang ketegangan dan kemampuan. Apabila
ghairah suami meningkat maka buah zakar akan menjadi hampir kepada
badan dan ketegangan zakar meningkat. Jika mahu jimak tetapi buah zakar
lanjut pada ketika itu, ketegangan zakar yang ini kurang dapat diatasi
dengan mengikut petua orang-orang Cina iaitu dengan cara isteri
memegang-megang buah zakar suami dengan lembut sambil mengurutnya
ke bawah maka zakar akan lebih tegang dan pancutan mani akan
dilewatkan.

Dalam perlakuan jimak, satu aspek yang penting diketahui adalah mengenai
dayungan. Kejadian zakar itu berbentuk dan bentuk itu sendiri mempunyai
fungsi. Keadaan kepala zakar yang luncup di bahagian hujung dan bertakuk
serta lebih dempak di pangkal mempunyai tujuan tersendiri. Petua
dayungan Cina juga baik untuk diamalkan begitu juga petua Hayun Petai
orang Melayu. Gerakan yang cepat sekali memancutkan mani adalah
gerakan dari hujung kepala zakar membawa ke pangkal batang zakar iaitu
gerakan tusukan. Yang melambatkan pancutan ialah gerakan tarikan iaitu
dari pangkal batang zakar ke hujungnya. Maka bagi melambatkan pancutan,
tusukan perlu dilakukan dengan tempo yang perlahan sementara tarikan
pula harus dibuat dengan tempo yang lebih cepat.

Orang-orang Melayu dahulu menyatakan bahawa pada masa-masa tertentu
wanita akan mengeluarkan ‘air yang jahat’ apabila jimak. Antara yang

dimaksudkan itu adalah terlampau banyak mazi. Akibatnya faraj terlalu
licin dan menggelikan batang zakar. Ini dianggap sebagai salah satu
penyakit yang tergolong di dalam istilah sarira. Ianya boleh diubati oleh
tabib Melayu. Tapi jika fenomena itu berlaku jarang-jarang sekali dan
hanya dikesani ketika jimak maka cara yang baik ialah secara periodik
mengeluarkan batang zakar sebentar dan mengesatnya dengan kain bersih
kemudian meneruskan jimak. Dalam keadaan ini pastikan bahawa tusukan
dimulakan secara menyerong iaitu sama ada ke makam kiri atau kanan dan
elakkan dari memulakan dengan makam tengah. Tusukan serong menolong
melambatkan pancutan air mani dan mencepatkan isteri inzal. Petua
dayungan harus dipraktikkan juga.Sifat lelaki adalah lasak. Otak akan
mentakrif setiap sentuhan. Jika sentuhan lembut maka akan disignalkan sensasi
geli. Jika sentuhan kasar maka akan disignalkan sensasi sakit. Sensasi sakit
akan melambatkan pancutan mani lelaki tetapi terlalu sakit akan mematikan
ghairah. Kenyataan ini mungkin akan dipandang sebagai pelik tetapi ia bisa
dicuba. Zakar yang kegelian cepat memancutkan mani begitu juga zakar
yang mana aliran darah padanya ketika itu kurang lancar. Jika suami sentiasa
memakai seluar dalam yang ketat (underwear) maka aliran darah pada
zakar terganggu dan mudah terasa geli. Semasa tidur elakkan memakai seluar
dalam dan tidur mengiring, jangan terlentang apatah lagi terlangkup. Maka
jika mahu juga jimak dalam keadaan itu batang zakar patut diurut dahulu atau
picit dengan agak kuat. Jangan biarkan isteri anda menggeletek zakar.
Perlakuan isteri terhadap suami semasajimak adalah faktor penting yang
menentukan ketahanan jimak. Pada asasnya kejadian lelaki dan
 wanita adalah serupa. Bahagian-bahagian tubuh
yang menyeronokkan bagi wanita juga akan memberi kesan serupa kepada
lelaki. Tetek lelaki dan telinga lelaki adalah anggota yang sensitif pada
rangsangan. Maklumkan kepada isteri bahawa tetek suami jangan
dirangsang ketika jimak dan telinga suami jangan ditiup. Anggota-anggota
ini mempunyai saraf yang bersambung langsung kepada kelenjar hormon
lelaki. Rangsangan ke atasnya akan mempercepatkan inzal.
Orang-orang Melayu dahulu mengamalkan Mengetuk Pintu Rahim ketika
mahu berjimak. Menurut sains di sebalik Bibir Luar faraj isteri ada kelenjar

hormon yang akan mengeluarkan mazi bagi membasahi pintu kepada
lubang faraj. Mazi yang selebihnya mengalir dari rahim isteri itu ke
sepanjang lubang faraj bagi melicinkan bahagian dalam. Menusukkan
kepala zakar ke Bibir Luar itu akan mempercepatkan isteri mencapai inzal
dan melambatkan suami inzal. Secara teknikalnya rahsia terletak di biji
zakar suami iaitu di bahagian hujung (di dalam) kepala zakar yang terasa
keras bila disentuh. Tusukan berkaitan akan menyebabkan kepala zakar
menjadi perit dan batang zakar menyediakan diri dan menjadi lebih tegang
dan tahan dalam jimak.

Pada masa sekarang, dayungan jimak diandaikan sekata dan tiada
mempunyai apa-apa rahsia disebaliknya. Rangsangan yang paling hebat
ialah dayungan yang laju. Ini tentu disukai oleh isteri tetapi cara dayungan
itu tidak menolong suami kerana suami akan cepat inzal. Dayungan
Berhenti adalah cara paling baik melambatkan proses pancutan mani.
Tusukan yang perlahan, tarikan yang laju dan berhenti apabila mula merasa
letih sambil merangsang isteri dengan cara yang lain buat sementara adalah
seni bagi ketahanan jimak. Kejerihan mudah terjadi jika dayungan dibuat
tanpa henti. Gunakan bentuk zakar dengan bijaksana agar isteri cepat
inzalnya dan suami memperoleh ketahanan.

Mani lelaki dihasilkan berkekalan masa demi masa. Seorang lelaki yang
dalam peringkat remaja akan terpancut maninya di kala mimpi kerana
kandungan mani yang terkumpul adalah banyak. Jika jimak jarang
dilakukan maka mani yang terkumpul pada suami adalah banyak. Ini
memberi kesan kepada tubuh. Keghairahan cepat meningkat dan mani
mudah terpancut sebelum masanya. Hal ini berbeza pada isteri kerana jika
isteri lama tidak berjimak maka nafsunya akan sukar sedikit untuk
dipuaskan.

Maka suami yang selalu merantau perlu berhati-hati dengan
fenomena ini. Rangsangan ke atas isteri perlu dilakukan secara bijaksana.
Istimta’ tidak wajar dilakukan terlalu lama. Rasa sedar suami patut
ditingkatkan, bukannya rasa ghairah. Serangan terhadap nafsu payudara,
purana dan nafsu dalam harus dilakukan serentak jika isteri kelihatan amat
bernafsu tetapi lambat inzal. Mudah-mudahan ketika itu suami menyedari
tentang perjalanan nafasnya iaitu setiap tarikan nafas dan hembusan nafas
suami itu. Semuanya bakal menolong melambatkan inzal suami. Ia dapat
mengatasi rasa rindu yang membara dan sukar dikawal.





SENAMAN HARIMAU




TEKNIK-TEKNIK SENAMAN HARIMAU

Senaman harimau ini bertujuan untuk menguatkan tenaga batin untuk lelaki. Sesuai bagi mereka yang ada masalah premature ejaculation, juga bagi mereka yang ingin merasa lebih nikmat dalam hubungan seksual. Tetapi tidak semestinya untuk mereka yang sudah berkahwin. Bagi yang belum berkahwin, ianya membantu dalam meningkatkan peredaran darah. Senaman ini dimuatkan dalam buku Permata Yang Hilang.


Padi Bukit
1. Duduk bersila dengan menegakkan tulang belakang

2. Tangan diletakkan di atas lutut
3. Tarik nafas sedalam yang mungkin
4. Tahan selama 6 saat
5. Hembus perlahan-lahan
6. Semasa menghembus nafas, perut hendaklah dikempiskan
7. Ulang sehingga 3 kali
Gerakan ini meningkatkan kekuatan otot belakang dan menguatkan stamina ketika di ranjang.
Nafas Pertapa
1. Duduk dengan keadaan merapatkan tapak kaki

2. Tarik kaki rapat ke arah badan
3. Tegakkan belakang
4. Tarik nafas sehingga penuh dengan perlahan
5. Semasa menarik nafas, tekan lutut sehingga mencecah lantai (setakat mampu)
6. Tahan sehingga 6 saat
7. Hembus nafas perlahan-lahan
8. Ulang sebanyak 3 kali
Gerakan ini membantu zakar untuk kekal tegang dengan melancarkan peredaran darah di bahagian peha.


Rentak Urutan
1. Dari kedudukan sebelum ini, tarik nafas perlahan-lahan

2. Urut bahagian tepi peha dengan ibu jari, urutan berakhir di hujung batang zakar
Gerakan ini bertujuan untuk mengalir darah ke zakar.

Tarik Sepadan
1. Duduk bersila dengan tapak kaki dirapatkan
2. Kedua tangan memegang ibu jari kaki kanan dan kiri
3. Tarik nafas perlahan-lahan dan tarik ibu jari kaki itu ke arah badan
4. Cuba pastikan lutut mencecah lantai
5. Lepaskan nafas dan kembali ke posisi awal
Gerakan ini membantu meningkatkan kemampuan bahagian-bahagian yang membantu dalam aktiviti seksual.



Rentak Lentang
1. Dari posisi sebelum ini, turunkan badan sehingga ke lantai

2. Tangan masih memegang ibu jari
3. Kembali ke posisi asal
Gerakan ini menguatkan otot peha, belakang dan pinggang. Ia dapat mengubati lemah tenaga batin.


Tepis Jengking
1. Duduk bersila

2. Tegakkan belakang
3. Depakan tangan itu separas bahu ke kanan
4. Bawa tangan ke hadapan sambil menarik nafas
5. Tukar tangan kiri
6. Ulang sebanyak 3 kali
7. Setelah habis gerakan hembus nafas
Gerakan ini membantu dalam meningkat stamina seksual.


Matahari Naik
1. Duduk bersila dan tegakkan belakang

2. Bermula dengan tangan di belakang pinggang
3. Tekan pinggang dengan bantuan tangan
4. Tarik nafas dan tahan
5. Bawa tangan ke hadapan dan ke atas sehingga lurus di atas kepala
6. Hembuskan nafas
Gerakan ini membantu menguatkan otot-otot bahagian rusuk, tengkuk dan leher.


Lenjang Gajah
1. Duduk dengan meluruskan kaki kanan dan melipatkan kaki kiri

2. Tegakkan belakang
3. Tarik nafas perlahan-lahan
4. Letak tangan kanan atas lutut kiri
5. Capai ibu jari kaki yang lurus dengan tangan satu lagi
6. Hembus nafas
7. Ulang 7 kali
8. Ulang dengan menukar kaki
Gerakan ini memulihkan tenaga batin.

Cakar Harimau
1. Tarik nafas perlahan-lahan dan pusingkan badan ke arah kiri degan tangan cuba mencecah sejauh mungkin

2. Jari kanan harus mencecah lantai
3. Hembus nafas
4. Ulang 7 kali
5. Ulang dengan menukar kaki
Gerakan ini memulihkan tenaga batin



Petua Menghebatkan Nikmat Jimak


Petua Menghebatkan Nikmat Jimak

Bahagian ini berguna sekiranya suami mendapati isteri sering tidak
menampakkan kenikmatan jimak. Perkara seperti ini biasanya akan
menjadikan suami isteri rasa dukaeila. Cuba salah satu dari petua berikut,
semoga beroleh kejayaan:

1. Ambil beberapa pueuk selasili hijau dan kunyah sehingga lumat.
Sapukan kunyahan ini pada zakar lebih kurang 2 hingga 5 minit
sebelum berjimak.

2. Tumbuk 3 batang kayu manis hingga lumat dan gaulkan dengan
satu sudu madu lebah asli. Kacau hingga sebati dan Iumurkan
ramuan ini pada zakm lebihkurang 3 hingga 6 minit sebelum
jimak. Ramuan yang selebihnya bolehlah disimpan dalam salu
bekas yang bersih untuk digunakan dihari-hari berikutnya.

3. Ambil 3 balang kayu manis, 1 sudu minyak hijau atau minyak
jarak, 1 biji buah pelir ayajn jantan yang baharu disembelih dan
satu sudu teh madu lebah. Tumbuk ramuan hingga halus dan
sapukan pada zakar 3 hingga 5 minit sebelum jimak.

4. Ambil padi, akar peria, cekur, sedikit kapur barus dan hempedu
ayam hi tarn, asah semuanya dan sapukan pada zakar.

5. Hempedu pelanduk, kulit kayu manis dan air madu di asah dan
sapu pada zakar sebelum jimak. Ia dapat mengeluarkan mani isteri
dengan segera.

6. Ambil telur zakar ayam jantan, giling dengan sedikit minyak jarak,
sapukan pada zakar sebelum jimak.

7. Ambil biji kapas, tumbuk dan ambil isinya dan campurkan dengan
sedikit minyak jarak, sapu pada zakar sebelum jimak.

8. Ambil kapur barus, halia, bawang putih, jintan hitam, air buali
terung parul, jemurkan dan bubuh pada hujung zakar sebelum
jimak. Ia cepat mengeluarkan mani perempuan.
9. Ambil hempedu kambing, campur dengan air madu dan minum 3
pagi sebulan sekali. Ia eepat inengeluarkan mani perempuan.

10. Hempedu kibash disapu pada zakar. Selepas kering maka bawa
jimak. Ia menolong meningkatkan kasih isteri.

11. Lengkuas digiling lumat dengan cuka. Beri isteri minum setiap
pagi selama 3 pagi serta sapukan pada ari-ari dan punggungnya. Ia
menyempitkan faiaj.

12. Telur ayajn hitam, buah manjakani, galiaru, cendana, kueai, dititik
dengan minyak bijan (lenga). Isteri makan 3 pagi berturut-turut. Ia
mengecilkan faiaj.

13. Ambil darah ayam jantan hitam, sapukan pada zakar sebelum
jimak.

14. Sekiranya isteri selalu membantah bila diajak berjimak maka ambil
nasi ditengah periuk sedikit saja, pecahkan pada tapak tangan
dengan menggunakan telunjuk, ambil air pada anak lidah 3 kali,
mesrakan pada nasi itu dan beri isteri makan.

15. Ambil hempedu ayam jantan dan air madu, tumbuk dan sapukan
pada zakar sebelum berjimak. Ia mengeluarkan mani isteri.

16. Terdapat juga keadaan di mana keadaan faraj isteri dalam keadaan
terlalu banyak air atau terasa besar. Ini biasanya diistilahkan sebagai
faraj yang "jahat" oleh orang-orang tua Melayu. Fenomena ini
menyebabkan suami pula tiada nikmat dalam berjimak dan mudah
keluar mani suami. Beberapa ubat yang mudah ialali:

17. Jika isteri itu dingin nafsunya kerana farajnya yang sejuk rasanya
maka ambil sunti halia padi, kapur bams, ganti, halia hidup, bunga
lawang, selasih, cekur, daun riang- riang dan air madu, semua itu
digiling dan sapukan pada farajnya.

18. Bagi mengeringkan faraj, ambil telur ayam hitam sebiji, manjakani,
cabai, cendana dan gaharu, semuanya diasah, ambil airnya, sertakan
dengan air kunyit dan campurkan dengan telur itu. Setelah itu
rendang dengan minyak lenga dan beri isteri makan.

19. Ambil hempedu kambing, haneurkan kemudian dicampur madu,
isteri meminumnya pagi-pagi.

20. Ambil daun inai, kayu kasturi, gaharu tenggelam, di asah.
Campurkan dengan air mawar dan minum.

21. Ini ubat pulang kani iaitu menyempitkan faraj seperti anak dara.
Ambil kulit jambu, kulit nangka dan buah kaduk, pipis lumat,
campurkan madu dan minum 3 pagi.

22. Ubat pulang dara. Ambil hempedu kambing hitam, cendana janggi
dan kapur bams. Asah dan gaul agar mesra. Beri isteri makan selama
3 pagi.

23. Ubat pulang dara. Ambil pijar satu sudu dan gula satu sudu,
dicampurkan dengan air hangat, isteri minum 3 pagi.

24. Ambil lemukut dan cekur, pipis hingga lumat dan sapukan pada faraj
isteri. Ini ubat bagi air faraj yang terlalu banyak.

25. Ubat pulang dara. Ambil kulit jambu hutan, kulit nangka dan buah
kaduk. Pipis lumat, bubuh air madu. Isteri minum 3 atau 7 pagi.
Masa makan ubat jangan jimak.

Petua Membesarkan Zakar


Petua Membesarkan Zakar

Baliagian ini berguna kepada suami yang menghadapi masalah zakar terlalu
kecil, yang berpunca dari mati pueuk atau tua atau hasil mendapati bahawa
secara realitifnya zakar adaiah kecil dari saiz normal. Bagi yang
mempunyai saiz zakar yang normal, tklaklah perlu unmk menggunakan
kaedah berikut:

1. Pelihara beberapa ekor lintah, sebaik-baiknya lintah bukit yang
berwarna hijau atau lintah laut di dalam sebuah balang kaca. Biarkan
lintah itu hidup lapar dalam beberapa waktu hingga kurus dan
kempis perutnya. Sctelah itu tuangkan minyak jarak atau minyak
hijau sedikit demi sedikit agar dimakan oleh lintah-lintah tersebut
hingga kenyang dan perutnya buncit. Biarkan lintah-lintah yang
telah kenyang itu beberapa hari agar perutnya kempis kembali dan ia
lapar semula. Ulangi proses yang sama hingga 3 kali.

Selepas lintah itu kenyang bual kali ketiga, kehuukan isi perut
mereka dengan memicit bahagian perutnya perlahan-lahan. Sapukan
minyak yang telah dikeluarkan dari lintah itu pada zakar setiap pagi
dan malam sebelum tidur selama 3 hari berturut-turut. Cara
mengurutnya ialah menggunakan ibu jari dan jari hantu saja. Tekan
kedua jari itu pada bahagian pangkal zakar dan lurutkan terus ke
bahagian kepala zakar, buka kedua-dua jari dan bawa semula ke
bahagian pangkal untuk urutan yang kedua. Ulangi perbuatan yang
sama sebanyak 7 kali.

Pantang semasa mengamalkan petua ini ialah ditegah berjimak atau
mengeluarkan mani hingga tempoh amaian tamat. Jika gagal
menahan diri maka terpaksa diulang semula dari mula. Unluk harihari
setelah amaian petua, sapukan minyak ini 5 atau 7 mini!
sebelum berjimak.

2. Ambil seketul tulang kambing jantan, sebaiknya kambing jantan
yang berbulu hitam yang baharu disembelih dan bakar hingga hangus.
Campurkan abu tulang itu dengan minyak sapi tulen atau minyak
jarak dan kacau hingga sebati. Cara mengamalkan petua ini ialah
dengan mengurut pada zakar sama seperti cara yang dinyatakan di
atas.

Ada juga kalangan orang tua Melayu yang menggunakan minyak
lintah ini dengan cara mewapkannya ke zakar. Caranya ialah dengan
meletakkan minyak ini di atas besi bertangkai kayu (agar tangan
tidak melecur terkena besi panas) kemudian akan diganggangkan ke
api. Setelah itu akan diletakkan pula besi itu di bawah zakar
(diganggang) agar wapnya akan dapat meresap ke zakar. namun
amaian ini amat jarang di lakukan pada masa ini, mungkin kerana

cara mengamalkannya sukar dan agak merbahaya kerana ada
kemungkinan zakar akan terkena besi panas tersebut

Menguatkan tenaga batin


Koleksi Penguatan Tenaga Batin

Dicatatkan berikut ini senarai-senarai ubat bagi menguatkan semula tenaga
batin yang lemah dan ubat-ubat ini terdiri daripada jenis yang dimakan dan
ada juga yag disertai dengan urutan. Kesemua yang disenaraikan di bawah
adalah dari pengetahuan pengubatan' bangsa Melayu, pilih satu untuk
dijadikan usaha pengubatan:

1. Sediakan ramuan-rainuan ini iaitu
seulas halia sebesar ibu jari, 3 sudu
madu lebah asli, 1 gram lada hitam,
1 gram lada putih, 1 gram kismis
kuning, 1 biji telur ayam kampung
diambil kuningnya saja.
Tumbuk halia, lada hitam dan lada
putih sehingga lumat dan masukkan
ke dalam satu bekas bersih.
Campurkan balian-bahan ini
dengan ramuan lainnya sehingga
sebati, amalkanlah makan jamu ini
dua kali sehari di kala pagi dan
petang selama 21 hari berturutturut.

2. Makan 7 ekor bubuk jawa hiduphidup
sekali di waktu pagi dan
sekali di waktu petang selama 7 hari berturut-turut. (Nota: Ada catatan
yang menyatakan bahawa amalan ini membahayakan).

3. Ambil 7 ulas cekur atau keneur, 1 ulas bawang putih, 1 gram lada hitam
dan 1 sudu minyak sapi tulen. Bersihkan semua cekur itu dan tumbuk
sehingga lumat. Begitu juga halnya dengan bawang putih dan lada
hitam. Campurkan kesemua ramuan dan gaul sehingga sebati. Amalkan
memakannya sebelum sarapan pagi selama 7 hari berturut-turut.
Semasa mahu memakannya, ambil seulas cekur yang lain dan kunyah
hingga lumat. Lumurkan kunyahan cekur itu keseluruh bahagian zakar
sambil mengurutnya perlahan-lahan setiap pagi dan malam sebelum
tidur. Urutan dari bahagian pangkal dan membawa ke bahagian kepala
zakar dengan lembut.

4. Ambil madu lebah asli 4 sudu ten, sebiji kuning telur ayam kampung
dan lada hitam 5 biji. haneurkan lada hitam itu. Makan ubat ini di
waktu pagi sebelum atau selepas sarapan.

5. Sembelih seekor itik nila jantan yang tua, keluarkan semua isi perut
itik, bersihkan dan masukkan semula kecuali usus itik. Ambil 4 biji
keledek merah yang elok dan panjang, bersihkan tanpa membuang
kulitnya. Ambil ramuan rempah yang sesuai.
Kukus itik itu bersama ramuan tadi, kukusan itu mampu untuk

menghasilkan segelas kecil air pati. Ambil pati itu dan minum ketika ia
suam-suam kuku.

6. Tumbuk 3 batang kayu manis lebih kurang 2 inei panjangnya tiap
satunya hingga lumat, campurkan serbuk itu dengan sebiji kuning telur
ayam kampung. Kacau hingga sebati. Minum ramuan setiap pagi dan
petang selama 7 hari berturut-turut. Untuk hari seterusnya, minum pada
masa 1 jam sebelumjima.
Selain dari meminum ramuan itu, ambil sedikit campuran ramuan dan
sapukan pada seluruh bahagian batang zakar sehingga rata. Lakukan
kira-kira 2 hingga 5 minit sebelumjimak.

7. Ambil 1 ekor burung meipati biasa, 3 ulas bawang putih dan merah, 6
inei petula ular dan 1 sudu jintan manis serta lain-lain rempah sup.
Giling kesemua bahan itu hingga mendidih, hangatkan seketika
sebelum diminum untuk berikutnya.

8. Ambil 1 otak kambing yang dikeringkan, 1 inei halia, kunyit dan
lengkuas dan 3 ulas bawang putih. Rebus kesemua bahan itu hingga
mendidih, hangatkan seketika sebelum diminum untuk berikutnya.

9. Akar Tunjang Bumi, Kayu Pedu Beruang, Akar Serai Kayu, Kayu
Manis, Kayu Lawan, Akar Tongkat dan Janggut Ali, Akar Buluh Duri
dan Akar Bunga Cempaka. Semua ramuan dicampurkan. Setiap kali
penggunaan, masukkan segenggam ramuan yang dicampurkan dengan
3 gelas air. Didihkan sehingga tinggal satu per tiga bahagian air saja.
Minum air tersebut.

10. Pasir Timbul (pasir yang terapung dipermukaan air sewaktu air sungai
pasang), kayu hidup (sebarang kayu atau akar yang bergerak akibat
laluan air yang mudah di dapati di kawasan jeram atau hulu sungai),
Air Pasang (air sungai yang sedang pasang). Semua bahan ini direbus
bersama dengan 3 gelas air dan didihkan sehingga tinggal satu per tiga
bahagian air saja untuk diminum.

11. 400 gram gula batu, 200 gram lada putih, 100 gram serbuk halia dan 1
sudu makan minyak sapi tulen. Kesemua gula batu dan lada putih
ditumbuk hingga lumat seperti tepung. Setelah diayak, gaulkan
kesemua ramuan ini, panaskan di atas api yang agak sederhana
panasnya sambil mengacau sehingga sebati. Kacau sehingga ianya lekit
seperti dodol.
Makan sekadar sebesar ibu jari sekurang-kurangnya setengah jam
sebelum jimak. Lebihnya disimpan dan jangan biarkan dimasuki angin.
Bagi kesan yang lebih baik, makan maajun ini setiap pagi sebelum
sarapan.

12. 3 ulas halia sebesar ibu jari setiap satu, 27 biji lada hitam, 27 biji lada
putih, 1 sudu teh minyak sapi tulen dan sebiji telur ayam kampung
bahagian kuningnya saja. Tumbuk kesemua lada hitam, lada putih dan
halia sehingga lumat. Sebaiknya halia itu diparut, diperah lalu diambil
airnya saja. Gaul semua ramuan dalam satu bekas bersih hingga sebati.

Minum ramuan ini sekurang-kurangnya 1 jam sebelum jimak. Ambil
sedikit dari ramuan, sapu pada zakar 2 hingga 5 minit sebelum jimak.
Ramuan itu jangan diminum ketika lapar atau perut kosong. Semasa
menyapu ramuan pada zakar, jangan menyapu terlalu banyak, memadai
sedikit saja.

13. Sebiji telur ayam, satu sudu minyak sapi dan 7 biji buah kunna iaitu
bijinya yang telah ditumbuk lumat. Campurkan semua bahan ramuan
dan makan setiap hari selama 10 hari berturut-turut. Paling baik makan
sebelum berakhirnya waktu subuh. Boleh juga memakannya setengah
jam sebelum jimak.

14. Campurkan 3 ulas halia yang telah diparut bersama segelas susu kibash
(kambing) mentah dan sedikit kismis. Gaul semua bahan dan minum
setiap pagi selama 10 hari berturut-turut Selepas tempoh itu tamat,
boleh diamalkan menurut kesempatan dan boleh diminum sebelum
jimak.

15. 2 sudu teh minyak sapi tulen, 2 sudu teh pati santan, 2 sudu teh madu
lebah dan sebiji kuning telur ayam kampung. Campurkan semua
ramuan dan kacau hingga sebati. Amalkan meminum selama 14 hari
berturut-turut. Untuk hari-hari selepas itu amalkan memakannya
setengah jam sebelum jimak.

16. Sekiranya pemburu mendapat sang kaneil atau pelanduk maka ambil
ekornya, goreng kering dan makan.

17. Amalkan makan sup ekor lembu atau sup kambing dicampurkan
dengan had kambing jantan.

18. Satu dari petua mudah ialah meminum madu lebah asli bereampur
kuning telur 2 atau 3 kali seminggu.

19. Satu ubat yang agak ganjil iaitu memakan hempedu beruang yang telah
dikeringkan tanpa dimasak.

20. Memakan kemenyan sebesar jari kelingking dengan sedikit gula
seminggu sekali.

21. Satu petua yang ganjil iaitu minum air yang direndam dengan zakar
buaya yang telah dikeringkan sebelum jimak. Rendam zakar buaya itu
satu jam sebelum meminum. Bila sudah digunakan maka keringkan
semula bagi kegunaan akan datang.


Demikian jenis-jenis ubat tradisional yang diketahui oleh orang Melayu
berkaitan dengan penguatan tenaga batin, yang memberi penekanan terhadap
pengubatan zakar yang lemah atau tidak mampu untuk menegang dengan
cukup bagi membolehkan jimak. Ada diantara ubat itu berasal dari keturunan
Jawa, ada yang diambil dari pengajaran bangsa Siam dan ada pula dari bangsa
Arab. Memakan bubuk Jawa itu didapati bahaya dan eloklah dielakkan,
sebaiknya pilih ubat yang bersih dan halal dimakan serta senang untuk disediakan. Berubat dengan doktor atau tabib jika telah gawat.



Gelaran Bagi Faraj Wanita


Gelaran Bagi Faraj Wanita

Berikut adalah jenis-jenis faraj menurut catatan Syeikh Nefzawi dalam Taman
Wangi iaitu sebuah kitab ilmu jimak yang ditulis sekitar kurun ke 16.
Terdapat 27 nama gelaran kesemuanya, sebahagiannya telah dirangkumkan
kerana cirinya serupa:

1. Penggigit atau Peragum atau Penyatu atau Penyedut iaitu faraj yang akan
mencengkam dan memaut zakar apabila saja zakar memasukinya. Ia
akan mengemut dengan kuat seolah-olah mahu menelan buah zakar
sekaligus.

2. Si Besar iaitu faraj wanita yang bertubuh besar dan gemuk bila farajnya
yang gebu dan tebal.

3. Si Pertama iaitu nama bagi apa saja jenis faraj.

4. Lubang Dinding iaitu faraj ‘tidak berdaging’ kepunyaan wanita yang
amat kurus.

5. Lorong atau Bukaan atau Belahan (Faraj) iaitu istilah yang paling biasa
digunakan oleh orang Arab tanpa sebarang ciri khusus. Istilah yang sama
digunakan untuk lorong antara dua gunung. Ada yang mencatat bahawa
makna faraj ialah ‘penyelamat dari nasib buruk’.

6. Landak iaitu gelaran bagi faraj yang kering akibat usia dan bulu ariarinya
keras.

7. Si Comel iaitu gelaran bagi faraj yang putih, kental dan tembam ‘tanpa
sebarang cacat’ dan ‘melengkung bagai kubah’. Melihatnya saja maka
‘zakar yang lembik jadi keras’ dan hampir mustahil untuk tidak terus
memandangnya.

8. Si Panas iaitu gelaran bagi faraj bertuah yang ketat dan hangat atau hatta
panas ‘mempunyai panas batin bagaikan api cinta’.

9. Pelarian iaitu gelaran bagi faraj yang kecil dan sempit, serta pendek
salurannya. Kerana itu kemasukan zakar biasanya menyakitkan. Ia
‘pelarian’ kerana cuba lari dari banyak jenis lelaki.

10. Si Resah iaitu gelaran bagi faraj yang asyik bergerak-gerak kerana
dahagakan jimak dan keseronokan. Gelaran lain ialah Pembantu dan
Penolong.

11. Bibir iaitu gelaran yang biasa digunakan untuk faraj gadis. Ciri-cirinya
ialah ‘lembut, menggoda dan sempurna’ serta baunya harum. Ia tembam
dan bulat ‘bila dipandang dari semua sudut, dan Bibir Luarnya panjang
serta belahannya besar, kering tapi hangat. Faraj jenis ini didambakan
oleh lelaki Arab.

12. Si Enak iaitu nama gelaran bagi faraj yang punya ‘kemampuan untuk
menampung keseronokan yang pertama kali’.

13. Si Dalam ialah gelaran bagi faraj yang mana mulutnya sentiasa terbuka


14. Si Panjang ialah gelaran bagi beberapa jenis faraj tanpa perincian khusus
asalkan di bahagian luarnya nampak panjang, dari tundun ke dubur. Ia
akan nampak panjang bila wanita itu berdiri atau baring tapi akan
mengecil bila wanita itu duduk. Ini berbeza dari ‘faraj yang berbentuk
bulat’.

15. Tiada Dasar ialah gelaran bagi faraj yang amat dalam salurannyaberbanding faraj biasa. Wanita jenis ini memerlukan lelaki jenis tertentu
atau cara tertentu agar benar-benar dapat membangkitkan nafsunya dan
memuaskannya.

16. Si Bengkak ialah gelaran bagi faraj yang ‘terbuka dan tertutup berulangulang
seperti kemaluan arnab’ ketika inzal.

17. Si Lebar ialah nama gelaran bagi faraj yang akan terbuka lebar bila
berada dalam keadaan ghairah.

18. Si Lazat ialah gelaran bagi faraj gadis remaja yang belum pernah dijimak (masih dara).

19. Si Penyabar ialah nama gelaran bagi faraj yang dapat menahan sabar bila

dijimak walaupun dijimak dengan ganas atau masa yang lama. Walaupun
selepas ‘beratus kali’ ia masih ‘tidak kisah’ malah suka.

20. Si Senyap ialah nama bagi faraj yang tidak mengeluarkan sebarang bunyi
walaupun ia dimasuki ‘beratus kali’.

21. Perindu ialah nama gelaran bagi faraj wanita yang telah tidak dijimak
begitu lama, atau wanita yang kehendak untuk berjimak adalah lebih
kuat berbanding suaminya.

22. Pendesak ialah nama gelaran bagi faraj yang tidak kenal penat dan punya
kehendak jimak yang kuat dimana ia ‘masih lagi mahu dijimak’
walaupun setelah ‘seratus kali’. Yang lebih bahaya dari jenis ini ialah
bila ia ‘memburu’ bukan ‘diburu’. Nasib baiklah faraj jenis ini jarang
ditemui dan hanya ditemui di kalangan sebilangan kecil wanita yang liar
nafsunya, sentiasa berada dalam keadaan hangat.

23. Burung Pipit ialah nama gelaran bagi faraj gadis sunti.
Tebuan ialah nama gelaran bagi faraj yang ‘kuat dan kasar’ bulu ariarinya.
Bila zakar memasukinya, maka bulu ari-arinya terasa bagaikan
disengat oleh tebuan.

Nama-nama gelaran bagi faraj serta ciri-cirinya ini hanyalah sebagai
menambah pengetahuan. Walau bagaimana pun, orang Melayu zaman silam
ada petua untuk mengenal Pipit Sedih, iaitu gelaran mengenai keadaan bila
mana seseorang isteri itu hilang selera untuk berjimak dengan suaminya.

Mereka mengenal Pipit Sedih ini dengan meneliti ciri yang ada pada Bibir
Dalam atau Daun Keladi (Labia Minora) isteri selain dari memperhatikan
tingkah-lakunya.




Perempuan dan jimak



Perempuan Dan Jimak

Catatan ini beriujuan untuk memberi kesedaran kepada kaum lelaki agar tidak
hanya mementingkan diri sendiri ketika jimak tanpa menimbangkan kejadian
tubuh dan jiwa isterinya.

Perempuan itu dijadikan sebagai leman lelaki iaitu untuk berpasangan dengan
lelaki. Suami sebagai pakaian kepada isteri dan begitulah juga sebaliknya.
Semua makhluk dijadikan berpasang-pasang. Ini dinyatakan secara jelas di
dalam Surah Yaasin Ayat 36. Maka lelaki itu memerlukan perempuan dan
begitu juga sebaliknya. Jika tanpa perempuan, lelaki itu secara adatnya sukar
menjalani hidupnya dan lelaki semata-mata tidak boleh melahirkan zuriat
kerana itu adalah tugas yang dikhaskan untuk perempuan.

Hubungan kelamin adalah satu tugas yang merupakan ibadah. Suami dan isteri
sama-sama mendapat ganjaran pahala semasa jimak jika ia dilakukan dengan
cara yang halal. Hubungan kelamin adalah satu-satunya jalan adat bagi
mendapatkan zuriat. Selain merupakan satu tugas, manusia dikurniakan satu
nikmat kesedapan apabila mengadakan hubungan kelamin. Faktor ini
menyebabkan manusia tidak jemu mengulanginya. Lelaki suka kepada
hubungan kelamin begitulah juga dengan kaum perempuan. Tetapi perlu
difahami bahawa jimak itu menyebabkan isteri berada di dalam kepayahan,
bukan satu kepayahan tetapi beberapa peringkat. Pertamanya, isteri payah
kerana terpaksa melayani kehendak suami walaupun dia letih. Keduanya, isteri
akan merasa sukar bernafas, sukar berfikir, sukar menahan perasaannya ketika
jimak, keadaan ini menjadikannya serba salah kerana secara fitrahnya dia
dijadikan malu terhadap semua lelaki termasuk juga suaminya. Ketiga, anggota
badannya akan sakit-sakit dan sengal apabila melahirkan anak. Keempatnya,
dia akan merasa sakit apabila melahirkan anak. Kelima, dia akan merasa jerih
payah bila membesarkan anak, bersengkang mata dan mendidiknya agar
anaknya menjadi manusia soleh Menyedari tentang kepayahan ini suami
sepatutnya bertimbangrasa kepada isteri dalam jimak.

Allah s.w.t. telah mengurniakan 99 bahagian kenikmatan kepada kaum
perempuan apabila ia disetubuhi oleh suaminya. Maka jika suami dapat
menjimak isterinya dengan baik ini dapat membangkitkan kenikmatan itu dan
mengimbangi kepayahan yang dirasai oleh isteri apabila melakukan tugasnya
sebagai pakaian suami. Bila isteri mahu memakai suaminya maka suami patut
melayaninya pula.

Sepatutnya kenikmatan atau kepuasan suami dalam jimak bergantung kepada
sama ada isterinya mendapat kenikmatan dan kepuasan. Ini kerana jimak itu
tugas saling memberi dan menerima antara dua hati. Menjimak isteri tidak
semestinya memberikan kenikmatan kepadanya mungkin dia merasa sakit atau
tidak puas tetapi dia malu untuk menyatakannya. Maka suami patut
mengetahui dengan terperinci mengenai rahsia-rahsia tubuh isterinya dari
berbagai segi bagi mengatasi masalah-masalah yang disebutkan. Dengan itu
maka jimak akan dapat dilakukan dengan lebih adil dan bertanggungjawab
bukan sekadar memuaskan nafsu sendiri atau menunjuk kegagahan.