.

Friday 19 October 2012

Menguatkan tenaga batin


Koleksi Penguatan Tenaga Batin

Dicatatkan berikut ini senarai-senarai ubat bagi menguatkan semula tenaga
batin yang lemah dan ubat-ubat ini terdiri daripada jenis yang dimakan dan
ada juga yag disertai dengan urutan. Kesemua yang disenaraikan di bawah
adalah dari pengetahuan pengubatan' bangsa Melayu, pilih satu untuk
dijadikan usaha pengubatan:

1. Sediakan ramuan-rainuan ini iaitu
seulas halia sebesar ibu jari, 3 sudu
madu lebah asli, 1 gram lada hitam,
1 gram lada putih, 1 gram kismis
kuning, 1 biji telur ayam kampung
diambil kuningnya saja.
Tumbuk halia, lada hitam dan lada
putih sehingga lumat dan masukkan
ke dalam satu bekas bersih.
Campurkan balian-bahan ini
dengan ramuan lainnya sehingga
sebati, amalkanlah makan jamu ini
dua kali sehari di kala pagi dan
petang selama 21 hari berturutturut.

2. Makan 7 ekor bubuk jawa hiduphidup
sekali di waktu pagi dan
sekali di waktu petang selama 7 hari berturut-turut. (Nota: Ada catatan
yang menyatakan bahawa amalan ini membahayakan).

3. Ambil 7 ulas cekur atau keneur, 1 ulas bawang putih, 1 gram lada hitam
dan 1 sudu minyak sapi tulen. Bersihkan semua cekur itu dan tumbuk
sehingga lumat. Begitu juga halnya dengan bawang putih dan lada
hitam. Campurkan kesemua ramuan dan gaul sehingga sebati. Amalkan
memakannya sebelum sarapan pagi selama 7 hari berturut-turut.
Semasa mahu memakannya, ambil seulas cekur yang lain dan kunyah
hingga lumat. Lumurkan kunyahan cekur itu keseluruh bahagian zakar
sambil mengurutnya perlahan-lahan setiap pagi dan malam sebelum
tidur. Urutan dari bahagian pangkal dan membawa ke bahagian kepala
zakar dengan lembut.

4. Ambil madu lebah asli 4 sudu ten, sebiji kuning telur ayam kampung
dan lada hitam 5 biji. haneurkan lada hitam itu. Makan ubat ini di
waktu pagi sebelum atau selepas sarapan.

5. Sembelih seekor itik nila jantan yang tua, keluarkan semua isi perut
itik, bersihkan dan masukkan semula kecuali usus itik. Ambil 4 biji
keledek merah yang elok dan panjang, bersihkan tanpa membuang
kulitnya. Ambil ramuan rempah yang sesuai.
Kukus itik itu bersama ramuan tadi, kukusan itu mampu untuk

menghasilkan segelas kecil air pati. Ambil pati itu dan minum ketika ia
suam-suam kuku.

6. Tumbuk 3 batang kayu manis lebih kurang 2 inei panjangnya tiap
satunya hingga lumat, campurkan serbuk itu dengan sebiji kuning telur
ayam kampung. Kacau hingga sebati. Minum ramuan setiap pagi dan
petang selama 7 hari berturut-turut. Untuk hari seterusnya, minum pada
masa 1 jam sebelumjima.
Selain dari meminum ramuan itu, ambil sedikit campuran ramuan dan
sapukan pada seluruh bahagian batang zakar sehingga rata. Lakukan
kira-kira 2 hingga 5 minit sebelumjimak.

7. Ambil 1 ekor burung meipati biasa, 3 ulas bawang putih dan merah, 6
inei petula ular dan 1 sudu jintan manis serta lain-lain rempah sup.
Giling kesemua bahan itu hingga mendidih, hangatkan seketika
sebelum diminum untuk berikutnya.

8. Ambil 1 otak kambing yang dikeringkan, 1 inei halia, kunyit dan
lengkuas dan 3 ulas bawang putih. Rebus kesemua bahan itu hingga
mendidih, hangatkan seketika sebelum diminum untuk berikutnya.

9. Akar Tunjang Bumi, Kayu Pedu Beruang, Akar Serai Kayu, Kayu
Manis, Kayu Lawan, Akar Tongkat dan Janggut Ali, Akar Buluh Duri
dan Akar Bunga Cempaka. Semua ramuan dicampurkan. Setiap kali
penggunaan, masukkan segenggam ramuan yang dicampurkan dengan
3 gelas air. Didihkan sehingga tinggal satu per tiga bahagian air saja.
Minum air tersebut.

10. Pasir Timbul (pasir yang terapung dipermukaan air sewaktu air sungai
pasang), kayu hidup (sebarang kayu atau akar yang bergerak akibat
laluan air yang mudah di dapati di kawasan jeram atau hulu sungai),
Air Pasang (air sungai yang sedang pasang). Semua bahan ini direbus
bersama dengan 3 gelas air dan didihkan sehingga tinggal satu per tiga
bahagian air saja untuk diminum.

11. 400 gram gula batu, 200 gram lada putih, 100 gram serbuk halia dan 1
sudu makan minyak sapi tulen. Kesemua gula batu dan lada putih
ditumbuk hingga lumat seperti tepung. Setelah diayak, gaulkan
kesemua ramuan ini, panaskan di atas api yang agak sederhana
panasnya sambil mengacau sehingga sebati. Kacau sehingga ianya lekit
seperti dodol.
Makan sekadar sebesar ibu jari sekurang-kurangnya setengah jam
sebelum jimak. Lebihnya disimpan dan jangan biarkan dimasuki angin.
Bagi kesan yang lebih baik, makan maajun ini setiap pagi sebelum
sarapan.

12. 3 ulas halia sebesar ibu jari setiap satu, 27 biji lada hitam, 27 biji lada
putih, 1 sudu teh minyak sapi tulen dan sebiji telur ayam kampung
bahagian kuningnya saja. Tumbuk kesemua lada hitam, lada putih dan
halia sehingga lumat. Sebaiknya halia itu diparut, diperah lalu diambil
airnya saja. Gaul semua ramuan dalam satu bekas bersih hingga sebati.

Minum ramuan ini sekurang-kurangnya 1 jam sebelum jimak. Ambil
sedikit dari ramuan, sapu pada zakar 2 hingga 5 minit sebelum jimak.
Ramuan itu jangan diminum ketika lapar atau perut kosong. Semasa
menyapu ramuan pada zakar, jangan menyapu terlalu banyak, memadai
sedikit saja.

13. Sebiji telur ayam, satu sudu minyak sapi dan 7 biji buah kunna iaitu
bijinya yang telah ditumbuk lumat. Campurkan semua bahan ramuan
dan makan setiap hari selama 10 hari berturut-turut. Paling baik makan
sebelum berakhirnya waktu subuh. Boleh juga memakannya setengah
jam sebelum jimak.

14. Campurkan 3 ulas halia yang telah diparut bersama segelas susu kibash
(kambing) mentah dan sedikit kismis. Gaul semua bahan dan minum
setiap pagi selama 10 hari berturut-turut Selepas tempoh itu tamat,
boleh diamalkan menurut kesempatan dan boleh diminum sebelum
jimak.

15. 2 sudu teh minyak sapi tulen, 2 sudu teh pati santan, 2 sudu teh madu
lebah dan sebiji kuning telur ayam kampung. Campurkan semua
ramuan dan kacau hingga sebati. Amalkan meminum selama 14 hari
berturut-turut. Untuk hari-hari selepas itu amalkan memakannya
setengah jam sebelum jimak.

16. Sekiranya pemburu mendapat sang kaneil atau pelanduk maka ambil
ekornya, goreng kering dan makan.

17. Amalkan makan sup ekor lembu atau sup kambing dicampurkan
dengan had kambing jantan.

18. Satu dari petua mudah ialah meminum madu lebah asli bereampur
kuning telur 2 atau 3 kali seminggu.

19. Satu ubat yang agak ganjil iaitu memakan hempedu beruang yang telah
dikeringkan tanpa dimasak.

20. Memakan kemenyan sebesar jari kelingking dengan sedikit gula
seminggu sekali.

21. Satu petua yang ganjil iaitu minum air yang direndam dengan zakar
buaya yang telah dikeringkan sebelum jimak. Rendam zakar buaya itu
satu jam sebelum meminum. Bila sudah digunakan maka keringkan
semula bagi kegunaan akan datang.


Demikian jenis-jenis ubat tradisional yang diketahui oleh orang Melayu
berkaitan dengan penguatan tenaga batin, yang memberi penekanan terhadap
pengubatan zakar yang lemah atau tidak mampu untuk menegang dengan
cukup bagi membolehkan jimak. Ada diantara ubat itu berasal dari keturunan
Jawa, ada yang diambil dari pengajaran bangsa Siam dan ada pula dari bangsa
Arab. Memakan bubuk Jawa itu didapati bahaya dan eloklah dielakkan,
sebaiknya pilih ubat yang bersih dan halal dimakan serta senang untuk disediakan. Berubat dengan doktor atau tabib jika telah gawat.