.

Friday 19 October 2012

Perempuan dan jimak



Perempuan Dan Jimak

Catatan ini beriujuan untuk memberi kesedaran kepada kaum lelaki agar tidak
hanya mementingkan diri sendiri ketika jimak tanpa menimbangkan kejadian
tubuh dan jiwa isterinya.

Perempuan itu dijadikan sebagai leman lelaki iaitu untuk berpasangan dengan
lelaki. Suami sebagai pakaian kepada isteri dan begitulah juga sebaliknya.
Semua makhluk dijadikan berpasang-pasang. Ini dinyatakan secara jelas di
dalam Surah Yaasin Ayat 36. Maka lelaki itu memerlukan perempuan dan
begitu juga sebaliknya. Jika tanpa perempuan, lelaki itu secara adatnya sukar
menjalani hidupnya dan lelaki semata-mata tidak boleh melahirkan zuriat
kerana itu adalah tugas yang dikhaskan untuk perempuan.

Hubungan kelamin adalah satu tugas yang merupakan ibadah. Suami dan isteri
sama-sama mendapat ganjaran pahala semasa jimak jika ia dilakukan dengan
cara yang halal. Hubungan kelamin adalah satu-satunya jalan adat bagi
mendapatkan zuriat. Selain merupakan satu tugas, manusia dikurniakan satu
nikmat kesedapan apabila mengadakan hubungan kelamin. Faktor ini
menyebabkan manusia tidak jemu mengulanginya. Lelaki suka kepada
hubungan kelamin begitulah juga dengan kaum perempuan. Tetapi perlu
difahami bahawa jimak itu menyebabkan isteri berada di dalam kepayahan,
bukan satu kepayahan tetapi beberapa peringkat. Pertamanya, isteri payah
kerana terpaksa melayani kehendak suami walaupun dia letih. Keduanya, isteri
akan merasa sukar bernafas, sukar berfikir, sukar menahan perasaannya ketika
jimak, keadaan ini menjadikannya serba salah kerana secara fitrahnya dia
dijadikan malu terhadap semua lelaki termasuk juga suaminya. Ketiga, anggota
badannya akan sakit-sakit dan sengal apabila melahirkan anak. Keempatnya,
dia akan merasa sakit apabila melahirkan anak. Kelima, dia akan merasa jerih
payah bila membesarkan anak, bersengkang mata dan mendidiknya agar
anaknya menjadi manusia soleh Menyedari tentang kepayahan ini suami
sepatutnya bertimbangrasa kepada isteri dalam jimak.

Allah s.w.t. telah mengurniakan 99 bahagian kenikmatan kepada kaum
perempuan apabila ia disetubuhi oleh suaminya. Maka jika suami dapat
menjimak isterinya dengan baik ini dapat membangkitkan kenikmatan itu dan
mengimbangi kepayahan yang dirasai oleh isteri apabila melakukan tugasnya
sebagai pakaian suami. Bila isteri mahu memakai suaminya maka suami patut
melayaninya pula.

Sepatutnya kenikmatan atau kepuasan suami dalam jimak bergantung kepada
sama ada isterinya mendapat kenikmatan dan kepuasan. Ini kerana jimak itu
tugas saling memberi dan menerima antara dua hati. Menjimak isteri tidak
semestinya memberikan kenikmatan kepadanya mungkin dia merasa sakit atau
tidak puas tetapi dia malu untuk menyatakannya. Maka suami patut
mengetahui dengan terperinci mengenai rahsia-rahsia tubuh isterinya dari
berbagai segi bagi mengatasi masalah-masalah yang disebutkan. Dengan itu
maka jimak akan dapat dilakukan dengan lebih adil dan bertanggungjawab
bukan sekadar memuaskan nafsu sendiri atau menunjuk kegagahan.



No comments:

Post a Comment