.

Friday 19 October 2012

Zakar Yang Sentiasa Bertenaga


Zakar Yang Sentiasa Bertenaga

Tenaga (energy) telah ditakrifkan oleh Barat sebagai daya (force),
ketahanan atau kapasiti melakukan sesuatu dan menyelesaikan sesuatu
tugas. Daya adalah kekuatan atau kuasa badani atau minda atau kekuatan
fizikal.

Orang-orang Melayu biasanya mengaitkan tenaga dengan kekuatan. Kuat
adalah satu perkataan berasal dari bangsa Arab yang bererti kekuatan
fizikal. Istilah lain yang digunakan oleh orang Melayu ialah begap, gagah,kuat, lega dan tegap.
Tenaga yang sejati adalah tenaga yang seimbang.Keseimbangan dalam tubuh
dianggap penting bagi kesihatan dan kekuatan. Orang India menyatakan bahawa
tenaga mempunyai tiga kualiti yang dipanggil Guna iaitu
ketulenan, aktiviti atau proses perubahan dan kegelapan atau
inertia. Bila tenaga terbentuk maka satu dari tiga kualiti ini
akan menjadi lebih ketara.Orang Cina menyatakan tenaga adalah diperlukan untuk
menggerakkan organ tubuh, untuk memperolehi kestabilan. Dua sumber
tenaga wujud iaitu Yin dan Yang. Tubuh manusia dikatakan terdiri dari 5
unsur iaitu Swie (Air), Ho (Api), Bok (Kayu), Kim (Logam) dan To
(Tanah). Terdapat 5 jenis tenaga iaitu sejuk, dingin, panas, neutral dan
suam.

Para Sufi Islam dalam ilmu perubatannya menyatakan bahawa tenaga
adalah daya kehidupan kurniaan Allah. Ia berkait rapat dengan kesihatan.
Kesihatan perlu dijaga dan latihan akan membina tenaga.
Secara umumnya dapat diperhatikan bahawa tenaga mempunyai berbagai
pengertian. Yang pentingnya ialah kesedaran bahawa tenaga yang sedia ada
pada tubuh patut digunakan dengan cara yang betul agar ia tidak
dibazirkan. Tenaga dapat dibina melalui latihan dan pengetahuan. Sumber
tenaga secara zahirnya adalah dari cahaya matahari. Ia dimasukkan ke
dalam tubuh dengan cara pernafasan, makan dan minum lalu dialirkan
dengan betul ke bahagian-bahagian tertentu tubuh menerusi latihan
senaman dan solat. Kaedah-kaedah yang lain adalah sebagai pembantu
menseimbangkan deria tubuh agar ketahanan dapat dibina.

Dari berbagai tenaga yang dibincangkan di atas kita akan tumpukan hanya
kepada tenaga yang menghasilkan dan mempertahankan haba. Secara
dangkalnya ia akan bererti kekuatan dan ketahanan tetapi secara halus ia

adalah ketenangan dan kesediaan mental dan fizik. Tidak dapat dielakkan
tenaga yang lebih baik adalah haba. Kesejukan melemahkan haba walau
pun kesejukan itu juga adalah satu tingkat tenaga, yang lebih rendah. Walau
pun begitu haba yang tidak seimbang bukanlah tenaga yang baik kerana
akan mengakibatkan kesan negatif terhadap tubuh. Maka akhirnya tenaga
sejati adalah tenaga yang seimbang. Apabila ia seimbang maka ia memberi
manfaat kepada fizik serta minda. Pengetahuan tentang keseimbangan ini
adalah penting bagi kesihatan tubuh badan. Hingga kini ilmu sains juga
belum dapat memecahkan permasalahan ini.

Sejauh manakah zakar itu perlu sentiasa bertenaga? Piawai ini adalah amat
subjektif kepada tujuannya sendiri. Namun jelas bahawa objektif utama
kemampuan zakar adalah dari segi kebolehannya untuk menegang dengan
baik dan tahan sehinggalah isteri dapat dipuaskan. Jika ia lebih kuat dari itu
maka itu bukanlah tenaga yang baik kerana ia menimbulkan kesakitan
kepada isteri dan kesan sampingan kepada tubuh dalam jangkamasa yang
panjang. Sama ada seorang itu mempunyai satu atau lebih isteri, tenaga
yang menjadi objektif adalah sama saja. Tidaklah yang beristeri lebih dari
satu perlu lebih tenaga.

Apabila dikatakan zakar yang sentiasa bertenaga ia berpunca dari tubuh
serta minda yang sihat dan tenaga itu sepatutnya tidak pula mengakibatkan
kesan negatif terhadap kesihatan. Maka tenaga sejati adalah tenaga yang
seimbang dari kesihatan dan untuk kesihatan jangka panjang supaya tenaga
dapat digunakan untuk menjayakan kewajipan kehidupan yang lain juga,
bukan hanya bagi digunakan dalam persetubuhan saja.

Boleh dikatakan setiap lelaki suka pada zakar yang besar dan panjang
walaupun mereka tidak memiliki perkara itu. Namun telah telah dibuktikan
melalui ujikaji di Barat bahawa faktor ini tidak dapat dibuat-buat. Zakar
yang besar dan panjang adalah diwarisi dari nenek moyang. Penulis juga
telah bertanya kepada orang Melayu mengenai perkara ini dan orang-orang
Melayu juga mengaitkan saiz zakar dengan keturunan. Walau pun begitu,
didapati bahawa jika seorang bapa itu mempunyai beberapa isteri maka
mungkin anak-anak dari salah satu isterinya saja yang akan mewarisi saiz
zakar bapa yang tersebut. Itu pengetahuan orang Melayu mengenai saiz
zakar berkait dengan keturunan. Dikatakan juga bahawa orang Melayu
yang saiz zakarnya panjang (lebih dari saiz normal 6 inci) adalah kurang
keras zakarnya.

Saiz zakar tidak penting. Yang lebih penting adalah pengetahuan
bagaimana untuk menjaga zakar agar sentiasa sihat dan segar. Mengetahui
kekuatan serta kelemahannya agar dapat menjayakan jimak dengan lebih
bertenaga, lazat dan melazatkan.

Piawai umum telah diletakkan oleh orang- orang Melayu mengenai tingkat
ketegangan zakar. Caranya ialah menguji zakar ketika ia tegang dengan
menekan dari hujung kepala zakar ke arah tubuh. Jika ia tiada bengkok atau
terkedu itu tandanya ia menegang dengan baik. Namun begitu belum tentu
ia bertenaga. Belum tentu ia dapat menyelesaikan tugas jimak dengan
memuaskan. Piawai masa iaitu berapa lama seharusnya zakar itu tahan

ketika berjimak tidaklah ditentukan kerana ia subjektif kepada banyak
perkara. Ketahanan zakar manusia berbeza-beza. Apa yang penting ialah
menggunakan pengetahuan bagi memanfaatkan ketahanan yang ada sebaik
yang mungkin. Seni ini patut dibina. Jika seseorang berkata bahawa
ketahanan bererti mampu melakukan jimak berjam-jam tanpa inzal itu
bukanlah tenaga yang dimaksudkan tapi itu adalah masalah.
Panas dan sejuk adalah dua faktor yang memberi kesan positif
dan negatif pada tubuh.Kering dan basah pula dapat memberi kesan
yang lebih kuat terhadap panas atau sejuk. Ilmu tentang tubuh badan di
Timur termasuk bangsa Melayu adalah berkisar pada membicarakan
tenaga-tenaga ini dan secara langsung panas dikaitkan dengan api,
sejuk dikaitkan dengan angin, kering dikaitkan dengan tanah dan basah
dikaitkan pula dengan air. Kering tiada menimbulkan sejuk
pada panas tetapi basah akan menyejukkan panas dan melembabkan
kekeringan.Batang zakar akan panas apabila insan itu
memakan makanan yang tertentu terdiri dari yang
memanaskan badan. Bila dibandingkan antara batang zakar yang suhunya
sejuk dengan yang suhunya panas maka yang bersuhu panas akan lebih
tegang dan akan lebih tahan berjimak. Walau pun begitu adalah penting
dipastikan jimak dilakukan pada masa hawa sekitaran tidak terlalu panas
dan tidak pula terlalu sejuk. Kedua-dua ekstrem akan mengakibatkan
pancutan mani lebih awal.

Untuk menghalusi apa yang diajarkan oleh orang Melayu ini, kita akan
merujuk apa yang dikatakan oleh bangsa-bangsa lain. Menurut orang Cina,
kesihatan utuh tubuh manusia berada pada Tan Tian atau Ladang Mustika
atau Khie Hay iaitu Lautan Suasana. Yang dimaksudkan itu adalah perut.

Dalam Islam Rasulullah s.a.w. telah bersabda bahawa perut

adalah lubuk penyakit dan menahan makan adalah asas setiap
penyembuhan.

Jelas bahawa apa yang dimasukkan ke perut perlu di jaga. Ada yang
menjadi ubat dan ada yang menjadi penyakit. Namun secara umumnya,
makanan jenis sejuk tidak digalakkan di dalam ilmu jimak. Begitu juga
tentang jenis-jenis minuman.

Pernafasan juga menyebabkan badan boleh menjadi sejuk iaitu apabila
bernafas dengan lubang hidung yang kiri. Orang-orang Melayu dahulukala
menasihatkan agar tidak memulakan jimak ketika nafas pada ketika itu
ialah nafas kiri. Tunggu hingga bernafas dengan nafas yang kanan supaya
ketahanan jimak dan kekuatan zakar terjaga.

Zakar tidak akan tahan dalam jimak jika suhu batangnya lebih sejuk dari
suhu lubang faraj. Fenomena ini berlaku jika suami suka memakan
makanan sejuk atau banyak mengandungi air atau berulam air atau
mengamalkan meminum air batu. Kesannya ialah kurang ketegangan zakar,
batang zakar mudah terasa ngilu, mani mudah terpancut sebelum masa dan
air mani cair bermakna benih kurang dihasilkan, yang banyak hanya
kandungan mazi. Selalu meniarap di atas simen juga mengakibatkan
perkara yang serupa. Jika perlu berjimak maka batang zakar perlu diurut
satu hala iaitu dari pangkal membawa ke hujung hingga panas. Kepala
zakar dijentik.

Apabila buah zakar menjadi lanjut atau turun biasanya suhu udara adalah
panas. Zakar pula biasanya kurang ketegangan dan kemampuan. Apabila
ghairah suami meningkat maka buah zakar akan menjadi hampir kepada
badan dan ketegangan zakar meningkat. Jika mahu jimak tetapi buah zakar
lanjut pada ketika itu, ketegangan zakar yang ini kurang dapat diatasi
dengan mengikut petua orang-orang Cina iaitu dengan cara isteri
memegang-megang buah zakar suami dengan lembut sambil mengurutnya
ke bawah maka zakar akan lebih tegang dan pancutan mani akan
dilewatkan.

Dalam perlakuan jimak, satu aspek yang penting diketahui adalah mengenai
dayungan. Kejadian zakar itu berbentuk dan bentuk itu sendiri mempunyai
fungsi. Keadaan kepala zakar yang luncup di bahagian hujung dan bertakuk
serta lebih dempak di pangkal mempunyai tujuan tersendiri. Petua
dayungan Cina juga baik untuk diamalkan begitu juga petua Hayun Petai
orang Melayu. Gerakan yang cepat sekali memancutkan mani adalah
gerakan dari hujung kepala zakar membawa ke pangkal batang zakar iaitu
gerakan tusukan. Yang melambatkan pancutan ialah gerakan tarikan iaitu
dari pangkal batang zakar ke hujungnya. Maka bagi melambatkan pancutan,
tusukan perlu dilakukan dengan tempo yang perlahan sementara tarikan
pula harus dibuat dengan tempo yang lebih cepat.

Orang-orang Melayu dahulu menyatakan bahawa pada masa-masa tertentu
wanita akan mengeluarkan ‘air yang jahat’ apabila jimak. Antara yang

dimaksudkan itu adalah terlampau banyak mazi. Akibatnya faraj terlalu
licin dan menggelikan batang zakar. Ini dianggap sebagai salah satu
penyakit yang tergolong di dalam istilah sarira. Ianya boleh diubati oleh
tabib Melayu. Tapi jika fenomena itu berlaku jarang-jarang sekali dan
hanya dikesani ketika jimak maka cara yang baik ialah secara periodik
mengeluarkan batang zakar sebentar dan mengesatnya dengan kain bersih
kemudian meneruskan jimak. Dalam keadaan ini pastikan bahawa tusukan
dimulakan secara menyerong iaitu sama ada ke makam kiri atau kanan dan
elakkan dari memulakan dengan makam tengah. Tusukan serong menolong
melambatkan pancutan air mani dan mencepatkan isteri inzal. Petua
dayungan harus dipraktikkan juga.Sifat lelaki adalah lasak. Otak akan
mentakrif setiap sentuhan. Jika sentuhan lembut maka akan disignalkan sensasi
geli. Jika sentuhan kasar maka akan disignalkan sensasi sakit. Sensasi sakit
akan melambatkan pancutan mani lelaki tetapi terlalu sakit akan mematikan
ghairah. Kenyataan ini mungkin akan dipandang sebagai pelik tetapi ia bisa
dicuba. Zakar yang kegelian cepat memancutkan mani begitu juga zakar
yang mana aliran darah padanya ketika itu kurang lancar. Jika suami sentiasa
memakai seluar dalam yang ketat (underwear) maka aliran darah pada
zakar terganggu dan mudah terasa geli. Semasa tidur elakkan memakai seluar
dalam dan tidur mengiring, jangan terlentang apatah lagi terlangkup. Maka
jika mahu juga jimak dalam keadaan itu batang zakar patut diurut dahulu atau
picit dengan agak kuat. Jangan biarkan isteri anda menggeletek zakar.
Perlakuan isteri terhadap suami semasajimak adalah faktor penting yang
menentukan ketahanan jimak. Pada asasnya kejadian lelaki dan
 wanita adalah serupa. Bahagian-bahagian tubuh
yang menyeronokkan bagi wanita juga akan memberi kesan serupa kepada
lelaki. Tetek lelaki dan telinga lelaki adalah anggota yang sensitif pada
rangsangan. Maklumkan kepada isteri bahawa tetek suami jangan
dirangsang ketika jimak dan telinga suami jangan ditiup. Anggota-anggota
ini mempunyai saraf yang bersambung langsung kepada kelenjar hormon
lelaki. Rangsangan ke atasnya akan mempercepatkan inzal.
Orang-orang Melayu dahulu mengamalkan Mengetuk Pintu Rahim ketika
mahu berjimak. Menurut sains di sebalik Bibir Luar faraj isteri ada kelenjar

hormon yang akan mengeluarkan mazi bagi membasahi pintu kepada
lubang faraj. Mazi yang selebihnya mengalir dari rahim isteri itu ke
sepanjang lubang faraj bagi melicinkan bahagian dalam. Menusukkan
kepala zakar ke Bibir Luar itu akan mempercepatkan isteri mencapai inzal
dan melambatkan suami inzal. Secara teknikalnya rahsia terletak di biji
zakar suami iaitu di bahagian hujung (di dalam) kepala zakar yang terasa
keras bila disentuh. Tusukan berkaitan akan menyebabkan kepala zakar
menjadi perit dan batang zakar menyediakan diri dan menjadi lebih tegang
dan tahan dalam jimak.

Pada masa sekarang, dayungan jimak diandaikan sekata dan tiada
mempunyai apa-apa rahsia disebaliknya. Rangsangan yang paling hebat
ialah dayungan yang laju. Ini tentu disukai oleh isteri tetapi cara dayungan
itu tidak menolong suami kerana suami akan cepat inzal. Dayungan
Berhenti adalah cara paling baik melambatkan proses pancutan mani.
Tusukan yang perlahan, tarikan yang laju dan berhenti apabila mula merasa
letih sambil merangsang isteri dengan cara yang lain buat sementara adalah
seni bagi ketahanan jimak. Kejerihan mudah terjadi jika dayungan dibuat
tanpa henti. Gunakan bentuk zakar dengan bijaksana agar isteri cepat
inzalnya dan suami memperoleh ketahanan.

Mani lelaki dihasilkan berkekalan masa demi masa. Seorang lelaki yang
dalam peringkat remaja akan terpancut maninya di kala mimpi kerana
kandungan mani yang terkumpul adalah banyak. Jika jimak jarang
dilakukan maka mani yang terkumpul pada suami adalah banyak. Ini
memberi kesan kepada tubuh. Keghairahan cepat meningkat dan mani
mudah terpancut sebelum masanya. Hal ini berbeza pada isteri kerana jika
isteri lama tidak berjimak maka nafsunya akan sukar sedikit untuk
dipuaskan.

Maka suami yang selalu merantau perlu berhati-hati dengan
fenomena ini. Rangsangan ke atas isteri perlu dilakukan secara bijaksana.
Istimta’ tidak wajar dilakukan terlalu lama. Rasa sedar suami patut
ditingkatkan, bukannya rasa ghairah. Serangan terhadap nafsu payudara,
purana dan nafsu dalam harus dilakukan serentak jika isteri kelihatan amat
bernafsu tetapi lambat inzal. Mudah-mudahan ketika itu suami menyedari
tentang perjalanan nafasnya iaitu setiap tarikan nafas dan hembusan nafas
suami itu. Semuanya bakal menolong melambatkan inzal suami. Ia dapat
mengatasi rasa rindu yang membara dan sukar dikawal.





2 comments: