.

Monday 4 November 2013

PETUA UNTUK TIDAK CEPAT PANCUT

Setiap lelaki perlulah mengetahui mengapa kita perlu menjaga kesihatan bukan hanya lanyak sahaja terutama sekali bab tenaga batin. Dewasa ini masih terdapat segelintir lelaki yg tidak mengambil berat dan memandang remeh perkara ini. Mungkin ramai lelaki yg tidak mengetahui bahawa tabiat biasa yg sering dilakukan memberi kesan terhadap keupayaan mereka. Ada tabiat yang dilakukan akan membawa kesan serta merta dan ada yg memakan sedikit masa untuk dilihat kesannya. Pelbagai petua dan pantang larang telah diajar orang Melayu lama bagi menjaga kesihatan batin ini. Ia bukan bertujuan mengharamkan yang halal tetapi berupa nasihat hasil dari pengalaman orang-orang terdahulu. Berdasarkan pengamalan ini maka diperturunkan petua , senaman dan amalan yang perlu diikuti jika ingin KERAS DAN BERTAHAN LAMA SEBAGAI JANTAN iaitu ;

1. Jangan amalkan minum air batu ,air gas atau air yang disejukkan dalam peti ais kerana ia akan mengakibatkan zakar menjadi sejuk serta lembik. Pengamal minum air batu biasanya zakarnya tidak mantap, cepat pancut dan tidak keras seperti mana amalan sepatutnya. Zakar mudah ngilu apabila bersama dengan isteri.

2. Jangan amalkan makan makanan bersifat sejuk seperti sayur kacang,petola, labu, pisang embun, pisang kelat lega, pisang emas atau makanan yang dingin semalaman seperti lebihan nasi malam tadi masih dimakan di waktu pagi melainkan dihangatkan dahulu. Ataupun makanan yang disejukkan atau dibekukan kerana ia boleh mengakibatkan air mani cair dan terpancut awal.

3. Jangan makan nasi berulamkan air. Minum air apabila selesai 2 minit selepas suapan terakhir seelok eloknya, melainkan jika tercekik tu sebab jangan makan dengan cepat atau gelojoh. Sekali telan sekali selawat. Kesannya sama seperti minum air batu mudah loya dan jika terus diamalkan lambat laun mudahlah mati pucuk.

4. Jangan hembus nafas ketika minum, tahan nafas. Ini membantu mengelakkan dari mudah lelah ketika bersama isteri (jimak).

5. Jangan jadikan amalan melancap kerana ia memaksa mani keluar dan melemahkan zakar.

6. Elakkan minum air ketika badan sedang panas, selepas berlari atau bekerja berat. Berehatlah terlebih dahulu, sejukkan badan, kemudian baharulah minum air.

7. Jangan biarkan isteri menindih zakar ketika tidur. Aliran darah yg sempurna amat perlu pada zakar kerana waktu tidur darah menuju zakar. Tindihan dari paha dan lutut yg sejuk membantutkan aliran.

8. Jangan makan kepak ayam daging kerana ia melemahkan zakar.

9. Jika berumur lebih 30 tahun, elakkan dari jima’ lebih dari 3 kali seminggu, kerana zakar perlu cukup masa membina kembali tenaga batin.


10. Jauhi makan makanan yang kuahnya berlinang kerana ia melemahkan zakar Tidak digalakkan mengadakan hubungan kelamin di dalam air. Selepas melakukan hubungan kelamin, rehat dulu 15 minit. Kemudian barulah minum air.

11. Jangan biarkan pinggang terhentak dengan kuat kerana mengakibatkan mati pucuk. Jangan biarkan zakar terendam begitu lama selepas klimaks.

12. Jangan melakukan hubungan kelamin ketika isteri sedang haid kerana ia bukan saja haram di sisi agama Islam tetapi juga boleh mendatangkan penyakit.

13. Elakkan minum air selepas pukul 11.00 malam walaupun air panas kerana ia melemahkan otot pinggang dan membawa sengal badan.

14. Jangan cungkil gigi dengan kemuncut (tangkai bunga lalang) kerana ia mengakibatkan zakar jadi ngilu dan kurang bertenaga.

15. Jangan pancutkan air kencing ke dalam air bertakung atau kencing di dalam air , carilah tempat yang kering dahulu. Kencing dahulu sebelum membuang air besar kerana ia boleh melatih mengawal otot zakar dengan baik.

16. Hindarkan diri dari bersetubuh dengan perempuan yang jauh lebih tua ,selalulah amalkan ketip setiap pagi kulit kayu manis/cengkih dan juga buat senaman harimau pada awal pagi.

No comments:

Post a Comment